Cara Menambah Duit ke Akaun Paypal Anda

Anda pasti pernah mendengar mengenai paypal. Di dalam artikel ini, saya akan berkongsi panduan bagaimana hendak menambah duit ke akaun paypal anda dengan menggunakan bank tempatan. Di dalam artikel ini, saya telah memilih bank RHB sebagai contoh.

1. Sila pastikan emel address untuk akaun paypal telah di daftarkan di dalam akaun RHB anda..
Paypal0
2. Sila daftar masuk ke akaun paypal anda. Sila pergi ke “My Account” Menu dan tekan “Top UP” untuk meneruskan transaksi.
Paypal1
3. Jika anda menggunakan RHB bank, sila tekan butang “Continue” di bawah RHB Bank. Jika sekiranya anda ingin menggunakan akaun bank lain seperti, Cimb, Bank islam atau Maybank2u, sila tekan butang “Continue” di bawah “Other Banks”.
Paypal2
4. Secara automatik, anda akan di keluarkan dari akaun paypal dan akan memasuki ruangan di mana anda di minta untuk memasukkan sejumlah wang untuk di tambah ke akaun paypal.
Paypal3
5. Sila pilih mata wang, USD atau MYR. Kemudian masuk kan jumlah wang yang hendak di tambah ke akaun paypal. Tekan butang “Recalculate” untuk mengemaskini jumlah wang. Tekan “Proceed” untuk meneruskan transaksi.
Paypal4
6. Sekarang anda akan memasuki ke laman RHB portal. Sila masukkan kata nama untuk akaun RHB anda.
Paypal5
7. Sila tekan butang ” Preview” untuk meneruskan transaksi.
Paypal6
8. Sila masukkan “One Time Password (OTP) anda. Tekan butang “Submit” untuk meneruskan transaksi.
Paypal8
9. Sekiranya berjaya, anda akan menerima mesej “Transaction is Successfully Completed”.
Paypal8
10. Untuk semakan, sila masuk ke akaun paypal anda dan semak transaksi terakhir anda. Untuk panduan, gambar dibawah menunjukkan sebanyak RM 10 telah di tambah ke akaun paypal.
Paypal9